Ni dia jantung-jantung hati saya. Jantung hati pengubat lara Mamijah, Tiga orang budak yang comel2 ni adalah anak buah aku. Yang paling kiri nama dia Zaihatthaqiff umur 5 tahun, dia ni manja sangat, pantang kalau orang marah mesti menangis, biasalah cucu sulung kot..hee.. yg tengah pula nama dia Zaihatthaffim berumur 3 tahun, yang ni orang dia kuat sikit, pantang dicabar, mesti dia balas balik..hehe.. yang dua orang ni anak kepada abang sulungku. Manakala yang paling kiri merupakan anak sulung kakakku. Nama dia Muhammad Muaz Harraz berumur 2 tahun. Dia ni buat orang geram dengan dia. Banyak sangat cakap tak padan dengan umur. Mamijah sayang semua hero2 mamijah <3
Saturday 25 April 2015
Tuesday 21 April 2015
FRIENDSS.
"Friends are like stars, you can't always see them but you know they're always there."
RINDU. Rindu itu sangat memedihkan. Aku sangat merindui kawan-kawan diploma aku, aku rindu semua benda yang kita lakukan bersama. Sungguh, 3 tahun bagaikan sekejap kita bersama-sama mencipta kenangan manis yang masih segar di ingatan. Perselisihan faham antara kita bagaikan tidak pernah terjadi kerana kita akan cuba menilai kesalahan diri masing-masing. Aku tidak pernah bertemu dengan kawan kawan yang sebegini, kawan yang memahami perasaanku ketika dalam kesusahan dan yang paling penting sentiasa menjadi pendengar masaalah yang setia. I love and miss all of you INFINITY.
MID SEM BREAK????
Assalammualaikum, Nampak tak tajuk entri aku kali ni mid sem break? Cuti midsem aku kali ni cuti yang sangat menyedihkan, aku panggil dia cuti sakit bukan cuti midsem. Sebulan sebelum cuti aku dah counting days untuk cuti midsem sebab sebulan juga aku tak balik kampung jumpa mak ayah anak buah, rindu woiii,, rindu sangat, Tapi dua tiga hari sebelum mid sem break aku tiba-tiba kena demam mengejut, sakit kepala, sakit badan dan bila aku pegi klinik doktor cakap aku kena demam denggi. YA ALLAH, sakit dia wuuu hanya ALLAH je tauuu, Yang paling lagi sedih budak rumah aku pon majoriti semua kena macam aku, kiranya aku first person dalam rumah tu yang rasa tanda-tanda awal tu. Macam-macam makanan minuman aku cuba nak bagi bacaan darah normal, sup ketam, ketam nipah ketam laut dua-dua try, air barli, air 100plus, air delima, air kosong apa lagi. Cuti midsem aku yang seminggu ni dihabiskan untuk ambil darah jumpa doktor je hari-hari. Nak makan banyak-banyak pun tak selera walaupun mak aku dah masak lauk kegemaran tetap tak boleh nak telan banyak-banyak. Uwaaa. Cepatlah pergi wahai penyakitttt.
Sunday 19 April 2015
I'm backkk.. hari ni aku nak throwback cerita yang aku tak sempat nak update. Tanggal 15/3/2015 merupakan hari konvokesyen aku. Penat lelah aku selama tiga tahun akhirnya terbayar apabila aku memegang segenggam diploma. Aku rasa sangat bahagia pada hari tersebut dan kejayaan aku diraikan bersama sama dengan ahli keluargaku tercinta. Alhamdulillah YA ALLAH untuk nikmat kejayaan yang Engkau anugerahkan ini. Semoga Engkau terus permudahkan urusanku untuk mencapai kejayaan di peringkat ijazah. Ameen.
Bergambar bersama sijil diploma yang diperolehi.
Bergambar bersama ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan disisi.
Assalammualaikum w.h.t. First of all, aku nak mukadimah aku punya entri ni dengan cerita serba sedikit tentang diri aku. Nama aku Zaihafizah binti Zainu dilahirkan pada 30 September 1993 di Terengganu. Aku merupakan anak yang kelima daripada tujuh orang adik beradik. Aku seorang yang sangat-sangat kuat "homesick". Tapi aku sedar berjauhan itu mengajar aku banyak erti tentang kasih sayang dan pengorbanan, aku sedar mengenai pengorbanan ibu dan ayah aku. Aku harap aku dapat menggembirakan kedua dua ibu bapa aku sepanjang hidup mereka.
Monday 13 April 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)